Program Dansa Dan Sing di Astro Ria

Tonton program terbaru Astro bertajuk Dansa Dan Sing membawa elemen dinamik seni tari dan nyanyian digabungkan dalam satu persembahan yang menarik.

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria dan Ria HD, Emarina Mohd Kamal, pemarkahan peserta dalam pertandingan tersebut adalah berdasarkan penilaian juri sepenuhnya.

Selebriti popular, Sherry Alhadad pula telah dipertanggungjawabkan sebagai pengacara program berkenaan.

Senarai Peserta Dansa Dan Sing

  1. Chubb-E & Zeppo Youngsters Crew
  2. Raja Syahiran & 2Twenty2 Squad
  3. Shiha Zikir & Teamsquad
  4. Sophia Liana & Budak Ngam
  5. Wani Kayrie & Delitz
  6. WARIS & Alamak
  7. Arja & The Pirates – tersingkir ep6
  8. Atilia Haron & Yasmin Hani – tersingkir ep4
  9. Nik Qistina – tersingkir ep3
  10. Harris Baba – tersingkir ep2

“Penilaian markah para peserta akan berdasarkan markah juri sepenuhnya dimana aspek tarian membawa markah 70 peratus dan nyanyian pula sebanyak 30 peratus.

“Pihak produksi juga meletakkan harapan yang tinggi terhadap program ini memandangkan sudah lama pihak Astro tidak menghasilkan program tarian sebegini,” ujarnya.

Emarina berkata demikian ketika ditemui di sidang media Dansa Dan Sing bertempat di The Starling, Damansara Utama sebentar tadi.

Tambah Emarina, program itu juga akan menampilkan tema yang berbeza setiap minggu.

“Tema berbeza akan diberikan kepada para peserta setiap minggu, pemilihan tema adalah bukan berdasarkan pada muzik semata-mata, ia boleh melibatkan elemen seperti props, emosi dan sebagainya,” ujarnya lagi.

Sementara itu, seorang juri jemputan juga akan diundang setiap minggu bagi turut mengadili persembahan peserta.

Juara Dansa Dan Sing akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro, manakala pemenang tempat kedua dan ketiga pula akan memenangi RM50,000 dan RM25,000 beserta trofi.

Pemenang tempat keempat dan kelima juga tidak akan pulang dengan tangan kosong kerana masing-masing bakal membawa pulang RM10,000 dan RM5,000 beserta trofi.

Konsert mingguan Dansa Dan Sing akan ditayangkan secara langsung selama lapan minggu dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Ria (104), Ria HD (123) mulai 5 Januari 2020.

Ia juga boleh distrim menerusi Astro Go dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!

          Episod 1                    Episod 2                     Episod 3    Episod 4
       Episod 5               Episod 6           Episod 7  Episod 8